Yang Dibenarkan dan Yang Dilarang Adat Perkahwinan

Photobucket



peringatan bersama..
Soalan: Tolong terangkan apakah perkara yang dibenarkan dan yang dilarang di dalam adat perkahwinan orang Melayu seperti bersanding, makan beradab, sirih junjung, tepung tawar, berinai, dan sebagainya.

Ustaz Azhar Idrus:

Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah:

* Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin perempuan dedah aurat, pakaian ketat, tabarruj dalam solekan dan perhiasan, bermegah-megah, dan sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal tinggal solat 1 waktu akan diseksa 6000 tahun dalam api Neraka. Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba sederhana dan disaksikan oleh golongan wanita dan ahli keluarga sahaja dan jangan sampai melanggar batas syarak.

* Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"! Ini haram sebab dia adalah lelaki, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.

* Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.

* Sirih junjung ini adalah adat agama hindu, tidak dibenarkan kecuali pengantin memang jenis makan sirih.

* Tabur beras kunyit ini juga asalnya adat orang hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.

* Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama hindu dan majusi. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.

* Tepung tawar adalah membazir, kan lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin!

* Renjis air mawar boleh kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang!

* Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin jenis tak solat, jangan bersilat tapi kasi dia "flying kick" terus!

* Berinai dijari adalah haram bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan wanita sahaja. Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin. Baik, kalau begitu pengantin lelaki boleh la pakai bra sebab kahwin punya pasal ! Bagi perempuan pula, janganlah pakai inai lebih-lebih sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti tatu pulak. Berlebih-lebihan juga haram hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.

* Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan, 90an cium pipi, tapi dah ada sekarang yang cium mulut terus depan tok imam dah jadi macam orang kristian. Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki...

* Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut - Ini dah ikut adat orang kristian.

Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan. Tinggallah adat-adat yang bid'ah dan kembali kepada sunnah.

Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama. Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kesah cuma kita kena ingat, kita kena jawab soalan-soalan dalam kubur nanti....

Maksud Bertunang Dalam Islam ..

Photobucket





1. Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan pertunangan?
Ikatan pertunangan ialah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.
2. Bagaimanakah pertunangan ini dijalankan?
Pertunangan ini biasanya dijalankan mengikut adat dan budaya masyarakat setempat.
3. Bolehkah perjanjian pertunangan ini dibuat secara lisan atau bertulis?
Perjanjian pertunangan boleh dibuat secara lisan atau bertulis tetapi sebaik-baiknya perjanjian ini dibuat secara bertulis untuk memastikan hak-hak pihak-pihak dalam perjanjian terjamin.
4. Apakah syarat-syarat asas untuk pertunangan?
Syarat-syarat asas untuk pertunangan adalah:
i) Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
ii) Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
iii) Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.
5. Apakah halangan-halangan untuk berkahwin?
Halangan untuk berkahwin ialah hubungan muhrim di antara lelaki dan perempuan yang disebabkan oleh keturunan, perkahwinan atau sepersusuan.
6. Apakah perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui dalam pertunangan?
Perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui adalah seperti:
i) Tempoh pertunangan.
ii) Jumlah mas kahwin.
iii) Jumlah hantaran perkahwinan.
iv) Belanja perkahwinan.
v) Cara atau bentuk pembayaran mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
vi) Tempat perkahwinan akan diadakan.vii) Tuntutan gantirugi dan atau remedi-remedi yang boleh dituntut jika berlaku kemungkiran pertunangan.

7. Sekiranya pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan, bolehkah pihak perempuan mengambil tindakanundang-undang?
Ya, pihak perempuan boleh mengambil tindakan undang-undang jika pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan.
8. Apakah undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan?
Undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan ialah peruntukan Seksyen 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
9. Adakah anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan jika pihak lelaki memutuskan pertunangan tanpa sebab yang munasabah?
Ya,anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan sekiranya perkara tersebut dipersetujui pada masa perjanjian pertunangan dijalankan.
10. Apakah remedi-remedi lain yang boleh dituntut daripada pihak yang mungkir?
Remedi-remedi lain yang boleh dituntut:
i) Ganti rugi hantaran yang telah diberikan kepada pihak yang mungkir.
ii) Ganti rugi perbelanjaan langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan perkahwinan.
iii) Ganti rugi hadiah pertunangan.
iv) Lain-lain bentuk ganti rugi yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam ikatan perkahwinan.
11. Sekiranya pihak yang mungkir pada perjanjian pertunangan tidak mahu membayar gantirugi di atas, bolehkah tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang mungkir ?
Ya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang mungkir.
12. Bagaimanakah tindakan itu boleh diambil ?
Sekiranya anda berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang, anda adalah dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan daripada pengamal undang-undang.
Daisypath Happy Birthday tickers
 
Tempelate Designed by Nanie | Copyright-2011 Protected | Infinite