Yang Dibenarkan dan Yang Dilarang Adat Perkahwinan

Photobucket



peringatan bersama..
Soalan: Tolong terangkan apakah perkara yang dibenarkan dan yang dilarang di dalam adat perkahwinan orang Melayu seperti bersanding, makan beradab, sirih junjung, tepung tawar, berinai, dan sebagainya.

Ustaz Azhar Idrus:

Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah:

* Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin perempuan dedah aurat, pakaian ketat, tabarruj dalam solekan dan perhiasan, bermegah-megah, dan sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal tinggal solat 1 waktu akan diseksa 6000 tahun dalam api Neraka. Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba sederhana dan disaksikan oleh golongan wanita dan ahli keluarga sahaja dan jangan sampai melanggar batas syarak.

* Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"! Ini haram sebab dia adalah lelaki, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.

* Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.

* Sirih junjung ini adalah adat agama hindu, tidak dibenarkan kecuali pengantin memang jenis makan sirih.

* Tabur beras kunyit ini juga asalnya adat orang hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.

* Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama hindu dan majusi. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.

* Tepung tawar adalah membazir, kan lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin!

* Renjis air mawar boleh kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang!

* Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin jenis tak solat, jangan bersilat tapi kasi dia "flying kick" terus!

* Berinai dijari adalah haram bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan wanita sahaja. Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin. Baik, kalau begitu pengantin lelaki boleh la pakai bra sebab kahwin punya pasal ! Bagi perempuan pula, janganlah pakai inai lebih-lebih sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti tatu pulak. Berlebih-lebihan juga haram hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.

* Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan, 90an cium pipi, tapi dah ada sekarang yang cium mulut terus depan tok imam dah jadi macam orang kristian. Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki...

* Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut - Ini dah ikut adat orang kristian.

Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan. Tinggallah adat-adat yang bid'ah dan kembali kepada sunnah.

Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama. Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kesah cuma kita kena ingat, kita kena jawab soalan-soalan dalam kubur nanti....

Maksud Bertunang Dalam Islam ..

Photobucket





1. Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan pertunangan?
Ikatan pertunangan ialah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.
2. Bagaimanakah pertunangan ini dijalankan?
Pertunangan ini biasanya dijalankan mengikut adat dan budaya masyarakat setempat.
3. Bolehkah perjanjian pertunangan ini dibuat secara lisan atau bertulis?
Perjanjian pertunangan boleh dibuat secara lisan atau bertulis tetapi sebaik-baiknya perjanjian ini dibuat secara bertulis untuk memastikan hak-hak pihak-pihak dalam perjanjian terjamin.
4. Apakah syarat-syarat asas untuk pertunangan?
Syarat-syarat asas untuk pertunangan adalah:
i) Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
ii) Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
iii) Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.
5. Apakah halangan-halangan untuk berkahwin?
Halangan untuk berkahwin ialah hubungan muhrim di antara lelaki dan perempuan yang disebabkan oleh keturunan, perkahwinan atau sepersusuan.
6. Apakah perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui dalam pertunangan?
Perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui adalah seperti:
i) Tempoh pertunangan.
ii) Jumlah mas kahwin.
iii) Jumlah hantaran perkahwinan.
iv) Belanja perkahwinan.
v) Cara atau bentuk pembayaran mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
vi) Tempat perkahwinan akan diadakan.vii) Tuntutan gantirugi dan atau remedi-remedi yang boleh dituntut jika berlaku kemungkiran pertunangan.

7. Sekiranya pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan, bolehkah pihak perempuan mengambil tindakanundang-undang?
Ya, pihak perempuan boleh mengambil tindakan undang-undang jika pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan.
8. Apakah undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan?
Undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan ialah peruntukan Seksyen 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
9. Adakah anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan jika pihak lelaki memutuskan pertunangan tanpa sebab yang munasabah?
Ya,anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan sekiranya perkara tersebut dipersetujui pada masa perjanjian pertunangan dijalankan.
10. Apakah remedi-remedi lain yang boleh dituntut daripada pihak yang mungkir?
Remedi-remedi lain yang boleh dituntut:
i) Ganti rugi hantaran yang telah diberikan kepada pihak yang mungkir.
ii) Ganti rugi perbelanjaan langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan perkahwinan.
iii) Ganti rugi hadiah pertunangan.
iv) Lain-lain bentuk ganti rugi yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam ikatan perkahwinan.
11. Sekiranya pihak yang mungkir pada perjanjian pertunangan tidak mahu membayar gantirugi di atas, bolehkah tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang mungkir ?
Ya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang mungkir.
12. Bagaimanakah tindakan itu boleh diambil ?
Sekiranya anda berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang, anda adalah dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan daripada pengamal undang-undang.

Raya Datang Lagi Jom Style Bersama Yaya

Photobucket

hey berjumpa lagi dengan yaya , so tinggal beberapa hari lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri,dan yaya pun akan sambut juga,tetapi selepas menyambut Hari Raya tu yaya akn menduduki peperiksaan yang sangat-sangat besar . so raya tahun ni tak dapat nak enjoy sangat , cukup lah beraya selama seminggu saja,seminggu lagi fokus dgn study utk SPM nanti 

so, hari ni yaya nak kongsi sikit sebanyak dgn wanita yang memakai tudung tu, kalau korg masih lagi tak tahu nak mengayakan tudung@shawl untuk berjalan raya bersama Family,Kawan-kawan ataupun orang tersayang. dengan ada nya kehadiran yaya di blog ni,yaya nak kongsi cara yaya bergaya setiap hari mahupun ke apa2 majlis sekalipun . 

hope korang support yaya dalam youtube. ni ada sedikit video cara yaya pakai Hijab yang simple yaya buat untuk korang semua . jangan lupa LIKE video yaya ok..




 Sekian .. ^^


Duniaku Impianku

Photobucket


pejam celik pejam celik , dah masuk 15 hari UMAT ISLAM menjalankan IBADAH puasa . kn2 .. Alhamdulilah ...

lepas sebulan kita puasa , tiba nya HARI RAYA AIDILFITRI . and lepas RAYA dah tak dapat nak enjoy2 lagi , SPM lagi tinggal 105 hari lagi, and tahun ni pula lah paling malang dalam hidup . ingatkn B.melayu
B.inggeris
 saja yang WAJIB lulus , rupa2 nya , SEJARAH pun W.A.J.I.B L.U.L.U.S , dah lah sejarah wajib lulus , lpas tu ujud pula sejarah kertas 3 . makin lah bertambah buntu kepala den ni nak pikir nya .. 

tak pe,tak pe . YAYA pasti boleh .. insyallah berkat usaha yaya nanti , mudahan2 RESULT SPM yaya ok and dapat menjaminkn MASA DEPAN YANG CERAH .. itu je lah yang dapat yaya balaskn jasa baik ibu dan bapa yaya yang pnat2 hntar yaya sekolah utk berjaya dalam hidup .. 

ehhh , lupa , hari ini yaya nak share dgn korg , mana2 yang rasa tak tahu nk pakai shawl bila nak dekat raya ni .. niii , video yaya paling SIMPLE yang baik utk korang cuba bila HARI RAYA nanti .. cuba tau ,jgn tak cuba .. pnat yaya cari cara yg simple utk korg .. heee ..





hah , dh tengok kn2 ,, S.I.M.P.L.E. kn2..HOPE raya korang akan lebih berseri nanti..heee..dah tengok tu , jgn lupa tau , LIKE video yaya dkat YOUTUBE . kalau nak tengok video yaya yang lain , ada dkat youtube yaya . just letak je , - yaya cornetto NANTI ada keluar muka yaya yg comel tu..heee. ok2 , selamat menjalankan IBADAH puasa buat kaum MUSLIMIN di seluruh dunia .. 


sekian .. papai 

Second Tutorial Phasmina Style By Yaya

Photobucket

cakkkkk. yaya in the blog now you all . see , korg apa kabar , mesti jwb tu , - KABAR BAIK - 
hahaha . hah kn comel muka tu . ehh . yaya  now akan jarang on blog, on facebook , on twitter , on instgram , on wechat , on Line , on whatsapp , on mcm2 lagi lh . coz yaya punya laptop pecah skrin dia . maklum lh , - budak nakal kn2 .. tapi bukan sebab laptop yaya dh tak ada , sbb SMP pun dh nk dkat , jadi doa2 kn yaya ok . doa yg terbaik , jgn doa yg buruk2 nanti brdosa.hahahaha.. 


ehh . hari ni yaya nak kongsi dgn korg . kongsi ape ehh .emmm. ohh ok2 dh ingat , yaya nk kongsi dgn korg yang bergelar KAUM HAWA tu . mehh sini yaya nak ajar korg cara pakai shawl . tapi yg shawl ni shawl PHASMINA ok.. 


kalau siapa2 yg ada tudung PHASMINA yang terperok je kat rumah tu , tak tahu nak pakai dia mcm mane , so meh sini tgok video yaya . yaya ajar korg pakai tudung PHASMINA .cara yg yaya ajar ni simple and mudah , and lagi boleh tutup aurat pula tu .. 


mane2 video yaya tdi.mane2 ehh . opssss. tu dia dkat bawah tu ehhh .




Hah . dh tgok kn2.senang kn2 . korg perlu ada 

Tudung Phasmina ( tak kira lembut,lebar or apa2 lagi lh )

1 jarum peniti 

1 kerongsang ( tak kira besar or kecik )

2 pin 

 .
lepas korg dh ada semua bahan2 tu . so korg boleh lh pakai tudung PHASMINA korg yg terperok je kat rumah tu .  hihihi .


ok sampai sini je yaya nak ajar korg cara pakai shawl ok . kalau umur pnjang kita akan berjumapa lagi di laman Blog yaya ni . kalau dh baca tu , rajin2 lh follow ok . sekian .. papai .. 

Daisypath Happy Birthday tickers
 
Tempelate Designed by Nanie | Copyright-2011 Protected | Infinite